Posted by Nur Akmal | Posted on 23-07-2010
Category : diriku
Tempoh yang saya lalui di sini hanya Dia yang tahu… sakit ini hanya Dia yang tahu. Tiada niat untuk mengeluh apatah lagi meminta simpati. Hanya luahan hati. Dah 2-3 hari sakit dalam perut. Ya, sakit perempuan. Dah hampir 1 tahun saya merana. Tapi, dulu tak sakit. Sekarang dan sakit. Doktor kata,
“Till when you want to suffer like this, there was 1 year you were suffering.”
Atas nasihat sahabat, saya gagahi ke hospital. Untuk menerima rawatan. Doktor nasihatkan saya buat ultrasound dan ambil blood test. Jadi, saya ambil. Dan keputusan sedikit merisaukan walaupun sebenarnya itu adalah penyakit biasa untuk golongan teenagers macam saya.
Sebenarnya tak nak cerita kat umi dan abah. Tapi, kalau tak cerita bersalah lar pulak. Kalau cerita, mesti umi dan abah risau. Dah lar duk jauh. Tapi, saya cerita juga sebab mereka yang melahirkan saya… Umi sangat risau. Saya tak nak mereka risau. Jadi saya cuba tabah. Saya tak ada penyakit serius sebenarnya. Penyakit biasa. Bukan nama penyakit kot. Tapi, bila cakap ngan umi, rasa nak nangis sebab saya sakit perut waktu tu.
Umi dan abah jangan risau ok. Ujian darah dan ultrasound tak confirmkan penyakit tue pun. Kalau ada pun, masih boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Kak ngah kan doktor! Pelajar yang masih belajar…. Jangan risau, pleaseeeee….
tangisan ni sebenarnya tangisan rindu pada umi dan abah. Sebab sebelum ni tak pernah pun hajat di hati nak pergi jumpa doktor. Dah lar deal sorang-sorang. Kalau dulu, mesti ada umi sebelah. Tu jer kot kak ngah nangis. Mungkin itu adalah latihan untuk menjadi dewasa…
Dan kak ngah tak nak bercakap mengarut lagi, sebab nanti umi risau…
Dan kak ngah ingin menjadi dewasa…
Maaf andai selalu membuat umi dan abah risau. Tapi, umi abah yakin kan kak ngah boleh survive di sini! Minta doanya, umi abah~
Posted by Nur Akmal | Posted on 20-07-2010
Category : diriku
Alhamdulillah… 2-3 hari yang lalu, chatting dengan kak long. Hmmm… seronok dengar kak long berkongsi perjuangannya di Malaysia. Pengalamannya sebagai da’ei di tanah air. Dalam satu universiti kak long, kak long seorang sahaja akhowat yang mengikuti program usrah. Senang bila dengar kak long bercerita tentang perubahannya.
Kak long, kita telah membawa satu haluan yang sama. Bersama memikul satu syahadah, bersama mengerakkan Islam dalam hati kita dan insan disekeliling. Cuma beza antara kita adalah persekitaran sahaja. Kak ngah di sini programnya agak terhad. Kak long di Malaysia sangat luas aspek programnya. Setiap minggu dapat menjadi cikgu kepada anak-anak kecil walaupun sendiri sibuk dengan on-call sebagai student medic. Dapat pergi mengenali ukhti-ukhti dari pelbagai usia, dan ustazah-ustazah yang lebih berpengalaman. Sangat menarik!
Kak ngah sangat gembira kerana setiap kali kita berbicara pasti ujian dan cubaan dariNya dalam dakwah, kak long ceritakan. Mungkin apa yang kak long tempuhi lebih mencabar dari kak ngah di sini. Bercampur dengan student dari pelbagai kaum dan jua pelbagai agam.Terima kasih atas perkongsian dan nasihat serta saranan untuk diri ini lebih memperkukuhkan iman.
Kak ngah sangat kagum dengan kak long kerana kesibukan kak long, tidak menghalang kak long dari terus menambahkan ilmu agama dan jua perkukuhkan dakwah islami ini…
Posted by Nur Akmal | Posted on 19-07-2010
Category : diriku
Alhamdulillah… saya dah normal kembali. Hihihi… Tapikan, tak tau apa yang tak normal sebelum ni. Takper, tak kisah… Rasanya dah normal balik. Dah boleh fikir dengan waras kembali. Mungkin sebelum ini hanya anganan semata-mata. Mudah mempercayai orang lain. Sekarang saya ingin lebih kuat. Sekuat dan seteguh air yang mengalir yang tiada pernah putus alirannya…
Buat umi dan abah… Don’t worry. Kak ngah dah OK~ Buat kak long dan adik-adik. Jangan risau ok! Kak ngah dah sihat. Kak ngah dah tak nak fikir yang bukan-bukan dah. Sebab banyak sangat perkara medic yang perlu dibincangkan kini. Hanya datang India untuk belajar. Dan sekarang, perasaannya adalah dah tak sabar nak pergi MESIR…
Tolong cepatkan… dan pasti akan cepat sebab masa pun makin cepat dah. Yeay! Syukur mental dah stabil… Dah pandai urus waktu dah sikit sekarang ni. Dah pandai jaga diri dah. Hehehe~
Buat kak long, kak ngah still tunggu lagi perkembangan terbaru. Apa-apa yang berlaku nanti kak ngah doakan yang terbaik. Nanti pasti masa kak ngah pulak akan tiba. “and seriusly kak ngah tak sabar!!!!” hikhikhik~
dah bersedia memikul tanggungjawab yang besar nie… OPpppssss… hahahaha~
Takpe, still nak abiskan belajar dulu. Nak tunggu kak long dulu…. I’m waiting my dear sister…
Saya nak tabah!
Ya Allah, jadikan saya tabah… Kekalkan mujahadah saya ini…
Salam imtihan buat sahabat-sahabat seperjuangan kerana di sini, di bumi Bangalore ini, tiada pernah jemu dengan exam tiap-tiap hari. Dan kena sentiasa bersedia…
Berjuang!!!!!
Wassalam….
Posted by Nur Akmal | Posted on 06-07-2010
Category : diriku
Apakah??? Tajuk yang paling sesuai untuk saya hari ini. Banyak benda tak kena 2-3 hari ni. Hmmmm…. Ntah! Semalam, kawan call dari Mesir, dia asyik duk suruh saya cerita pasal India. Apakah benda itu penting??? Kalau cerita pun, buat sakit hati jer. hehehe….
ANY_CHARACTER_HERE
Apakah yang berlaku dalam 2-3 hari ni?
- Malas benda utama… malas nak pergi surau, malas nak solat jemaah! Haiya!!!! Apa kena dengan kamu ni akmal??? Malas buat benda baik ke? “mana boleh! cuba jadi kuat!!!! OK???”
- asyik duk tengok cerekarama jer ni! maksudnya duk tengok cerita jer memanjang…. “NO!!!!!” sampai tak keluar rumah! Ishk! Teruk… tak puas hati kenapa jiwa bertindak begitu…
-Duk layan jiwang jer! Apa tujuan datang India, akmal??? nak belajarkan? So, belajar… jangan asyik duk layan rindu jer! Aish!!! Dah tak sabar nak kahwin ke ni? Jangan mimpi boleh? Calon pun tak de, belajar pun entah ke mana! “Jangan lar! seksa tau jiwa tu….” Read More
Posted by Nur Akmal | Posted on 03-07-2010
Category : diriku
Alhamdulillah… akhirnya tiket ke Mesir dah dibeli. Tunggu nak pergi jer. Sahabat bersama-sama membuat persiapan ke sana. InsyaAllah kami akan tiba ke sana. Cita-cita ana ke mesir sudah lama bercambah dalam jiwa. Lagi bercambah selepas menonton Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El-Shirazy. Ditambah pula dengan kehadiran sahabat-sahabat di sana. Semoga cita-cita ini penuh redhaNya. Bukan hanya semata-mata ingin menziarah, semoga ditambah jua ilmu bermanfaat di sana dan jua mengenangi balik kegemilangan Islam dahulu dan belajar dari sirah nabi-nabi serta para sahabat.
ANY_CHARACTER_HERE
Read More
Posted by Nur Akmal | Posted on 28-06-2010
Category : diriku
Pesanan untuk sendiri…pesanan buat hati ana.
ANY_CHARACTER_HERE
“Ya Allah, andai diri dalam keadaan lemah, dan tidak berfikiran rasional, ana minta supaya jangan Engkau palingkan hati ini dari terus memperjuangkan agamaMu, dan jua iman ini.”
ANY_CHARACTER_HERE
Seringkali ana merasakan diri ini lemah apabila sahaja gagal membawa nasihat kepada sahabat dan jua keluarga. Perlu ana katakan pada diri di sini, dakwah itu amatlah sukar kerana memerlukan jangka masa dan ruang yang baik. Sedang ana membaca satu artikel di ruang maya, ana terfikir. Allah memandang pada usahanya bukan pada hasilnya. Pasti ada sebab Allah aturkan sebegitu. Mungkin sahaja supaya ana terus berusaha. Mungkin sahaja ada yang tidak kena pada diri. Read More
Posted by Nur Akmal | Posted on 19-06-2010
Category : diriku
Tiada memerlukan wang untuk sebuah kesedaran. Hanya tadahan hati dan jiwa. Terima kasih buat sahabat yang terus memberi sokongan. Hampir saja ana melabuhkan diri pada benda yang melalaikan. Tersentap seketika akibat kelalaian diri. Maafkan ana sahabat kerana ana tidak kuat untuk menghadapinya. Ana asyik nangis saja bila terkenangkan dosa ana selama ini, kelalaian ana. Namun, sahabat tidak pernah jemu menasihati.
ANY_CHARACTER_HERE
Memang ana sangat mengakui diri ana sangat lemah andai ia berkaiatan dengan jiwa. Tazkirah sahabat menyebabkan ana termenung seketika. Kelalaian ini dalam jiwa ana. Hasutan yang berjaya menguasai hati. Sungguh hina andai memikirkan sekali lagi. Ana sudah berjanji ingin menjadi murabbi dan doktor yang berjaya. Ana tidak boleh leka dan berangan yang tiada kepentingannya.
ANY_CHARACTER_HERE
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
( Surah Al-Ashr ) Read More
Posted by Nur Akmal | Posted on 14-06-2010
Category : diriku
Alhamdulillah…
Hari ini menerima berita dari sahabat yang jauh kedudukannya dari saya. Bukan di Malaysia namun di negara yang jauh tempatnya. Syukur selepas menerima berita satu lagi baitul Muslim akan dibina. Semoga kekal wahai sahabat muslimahku. Dari sini saya mendoakan sejahtera hubungan hingga ke akhirat kelak. Semoga dikurnia segala redha oleh Allah terhadap hubungan suci ini.
Bicara tentang baitul Muslim yang akan dibina. Masih lagi mempersiapkan diri untuk menempuhinya. Walaupun jangka masanya entah bila lagi. Namun, ku pujuk jua hati bahawa pasti tiba saat itu kelak. Cuma di sini, hanya doa dipanjatkan agar Allah memberikan terbaik buat diri. InsyaAllah… amin. Memperlengkapkan diri untuk menjadi wanita solehah buat bakal suami dan bakal anak-anak kelak.
Usah bicara lagi kerana masanya belum pasti. Tumpukan pada keutamaan diri. Pada iman dalam diri, pada sahabat sekeliling dan jua keluarga di Malaysia. Belajar memperbaharui diri, belajar untuk menjadi Doktor yang berjiwa Daie. Semoga dipermudahkan nanti. InsyaAllah…
Pujuklah hati,
usah mengharap yang belum pasti,
hadap yang telah ditempuhi,
semoga Allah meredhai.
Amin.
Seketika di sini…