Berubah dan Mengajak untuk KEBAIKAN…
Published by Nur Akmal under diriku,jiwa bersastera on November 13, 2009Sedang orang lain bertungkus lumus, bersiap sedia untuk ke kelas di hospital… aku masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu disini. Untuk kumpulan kami, minggu ini kami masih lagi di’off’ kn ke kelas untuk hari Jumaat. Nak menceritakan sedikit serta ingin berkongsi sesuatu di sini. Semalam, ada bacaan yasin ramai2. best2~ sebab dpt kumpul dengar tazkirah ramai2.
Semalam jga, ada seorang sahabat berkongsi berkenaan topik ‘BERUBAH’… berubah juga boleh disinonimkan dengan hijrah, perpindahan, pertukaran…. tak bermaksud pindah rumah. Maksudnya, diri kita. Ingin berubah kepada kebaikan, dari yang kurang baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik.

Manusia dan perubahan
Sahabat semalam berkongsi cerita berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda adalah sultan yang sudah boleh memerintah kerajaan Uthmaniyah dalam usia yang muda. Sahabat saya menyebut ketika itu, Sultan Muhammah Al-Fateh berusia 16 tahun… namun, melalui rujukan yang dibaca baginda berusia 22 tahun ketika itu. Di sini dijelaskan perubahan sewaktu kecilnya kerana tindakan bijak ayahandanya, Sultan Murad II yang melantik seorang ulama’ untuk membimbing Muhammad Al-Fateh yang telah menjadikan baginda seorang pemimpin yang unggul dan disegani pada zaman keunggulan pemerintahan baginda. Sultan Muhammad al-Fateh, ketika usianya menjangkaui 26 tahun, baginda sudah mampu berjaya menakluk Kota Constantinople, yang juga dikenali Istanbul kini.
Salah seorang sahabat juga berkongsi cerita mengenai adiknya… perubahan adiknya adalah satu dari dorongan berjayanya seorang kakak. Alhamdulillah.
Aku juga ingin berkongsi kisah agung salah seorang Khulafa’ Ar-Rasyidin ini. Beliau adalah sahabat baginda Rasulullah SAW. Kisah perubahan beliau sepatutnya menjadi teladan semua. Kisah Saidina Umar Al-Khattab. Beliau dulu sangat2 membenci Islam. Namun, selepas peristiwa beliau medengar alunan ayat suci Al-Quran, maka bergoncanglah hatinya untuk berubah. Untuk memilih agama Islam sebagai panduan, untuk memilih menjadi pengikut Rasulullah SAW… lantas menjadi penyelamat Rasulullah dari ancaman kafir Quraisy. Beliau juga telah mengisytiharkan pengislamannya dihadapan kaum Arab Quraisy di Mekah ketika itu. Keberaniannya untuk berubah seharusnya diteladani. InsyaAllah.
Perubahan yang baik menentukan diri dan masa depan kita. Kita tidak mampu berubah seorang diri. Kita perlukan sokongan. Pendapat ini diajukan oleh rakan yg berkongsi tajuk ini dan amatlah diri ini bersetuju. Namun, pendukung kepada perubahan adalah kita sendiri dan dibantu oleh insan yang positif terhadap perubahan itu. InsyaAllah.
Salah seorang sahabat juga menceritakan satu kisah di zaman Nabi Musa AS. Bagaimana akibatnya jika kita tidak mempedulikan orang lain. Andai kita seorang sahaja yang mengerjakan kebaikan tanpa mengajak insan lain, kita juga turut sama diturunkan azab dari Allah. Oleh itu, dianjurkan untuk kita sesama manusia untuk amal makruf nahi mungkar.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Surah Al-Imran:110)
Dalil diatas jelas menerangkan tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim terhadap sahabat2 muslim yang lain. Mungkin kadangkala sahabat2 kita terleka, maka wajarlah kita mengingatkan mereka dan menarik mereka semula pada jalan yang sebetulnya. Takkan la kita nak membiarkan sahaja mereka leka dengan dunia kemaksiatan dan terjurus ke lembah kehinaan. Mungkin pengajaran dari kisah yang diceritakan sahabatku itu, boleh menjadi satu dorongan untuk kita saling mengingati. InsyaAllah….
Kita adalah bersaudara sesama Islam,
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujuraat: ayat 10)
Alhamdulillah banyak input yang diperolehi semalam dan dikongsi di sini. Semoga kita sama2 beroleh redha dariNya. InsyaAllah….
Wallahua’lam…..

berubah untuk kebaikan~
Aku ingin berubah
izinkan aku untuk mendukung jihadMu
berilah aku kesempatan itu
agar aku lebih menghargai iman
supaya aku bisa mengikuti jejak mereka
mereka yang menegakkan agamaMu
mereka yang sanggup syahid untukMu…
Andai aku tidak mampu
jadikan doa dan pintaku sebagai kekuatan
yang menjadikan aku tabah
menghadapi segala ujianMu
pimpinilah aku menuju jalan redhaMu
jalan yang Engkau beri nikmat dan
bukan jalan yang Engkau murkai
amin….
Nukilan hati,
nur akmal 0842am, bangalore.


