Istimewa menjelang Aidiladha… saya sayang Allah.
Published by Nur Akmal under diriku on November 27, 2009Assalamualaikum…. sekadar coretan jiwa bt pedoman diri sendiri di mlm raya aidiladha Malaysia dan 2 hari sebelum hari raya di India…
Di tengah kesibukan persediaan menyambut aidiladha di bumi India ini, bumi penuh cabaran…. saya dikejutkn oleh berita yg amat baik dari Malaysia. Disampaikan oleh kaklong melalui YM.
Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah…. hanya itu mampu saya ucapkan tika itu.
berkali2 saya mengucapkan syukur. tanpa henti lidah ini basah dgn pujian hanya untuk Allah. Sudah lama saya menginginkan berita ini disampaikan…. Allah telah memakbulkan doaku, doa hambaNya. Saat itu jua, air mata ini tidak henti2 mengalir. aliran air suci membasahi pipi, genangan air yg memerahkan mata. Maha suci Allah…. Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.”
(Surah Maryam; ayat 96)
Menerima berita itu amat mengejutkan dan mengembirakan. Hanya pinta dari saya agar dikekalkan hubungan ini. supaya kekal hingga ke syurga. ke syurga abadi.
Mungkin ini adalah pengorbanan dan kasih sayang antara satu sama lain. Darah yang mengalir pasti tidak akn memutuskn suatu ikatan silaturrahim antara kami…
Biarlah ia menjadi rahsia kami sekeluarga…
namun, hanya saya ingin luahkn jiwa ini dan rasa. Terima kasih Ya Allah. saya sangat sayangkn Allah. hanya saya ingin katakan jua adalah yakin dgn janji Allah, yakin dgn ketentuan Allah… pasti ada hikmah direncanakn sebegitu. Allah tidak zalim pada hambaNya kecuali yg ditentukan ats kemmpuan kita.
Luhurnya kasih Allah……. tidak mampu saya ucapkn dgn kata2. Biarlah Allah sahaja yg Maha Mengetahui.
Alhamdulillah,
SubhanAllah….
SuciNya cintaMu.
Indahnya jika semua kerana Allah……


