Nur Ilahi

Di bawah cahaya petunjukNya, aku temui ketenangan…

Pujuklah hati…

Published by Nur Akmal under diriku on June 14, 2010

Alhamdulillah…

Hari ini menerima berita dari sahabat yang jauh kedudukannya dari saya. Bukan di Malaysia namun di negara yang jauh tempatnya. Syukur selepas menerima berita satu lagi baitul Muslim akan dibina. Semoga kekal wahai sahabat muslimahku. Dari sini saya mendoakan sejahtera hubungan hingga ke akhirat kelak. Semoga dikurnia segala redha oleh Allah terhadap hubungan suci ini.

Bicara tentang baitul Muslim yang akan dibina. Masih lagi mempersiapkan diri untuk menempuhinya. Walaupun jangka masanya entah bila lagi. Namun, ku pujuk jua hati bahawa pasti tiba saat itu kelak. Cuma di sini, hanya doa dipanjatkan agar Allah memberikan terbaik buat diri. InsyaAllah… amin. Memperlengkapkan diri untuk menjadi wanita solehah buat bakal suami dan bakal anak-anak kelak.

Usah bicara lagi kerana masanya belum pasti. Tumpukan pada keutamaan diri. Pada iman dalam diri, pada sahabat sekeliling dan jua keluarga di Malaysia. Belajar memperbaharui diri, belajar untuk menjadi Doktor yang berjiwa Daie. Semoga dipermudahkan nanti. InsyaAllah…

Pujuklah hati,
usah mengharap yang belum pasti,
hadap yang telah ditempuhi,
semoga Allah meredhai.

Amin.

Seketika di sini…

Add A Comment

Powered By Wordpress - Theme Provided By Best Wordpress Theme - Zirakpur Property Dealer