Fikrah kita sama…
Published by Nur Akmal under diriku on July 20, 2010Alhamdulillah… 2-3 hari yang lalu, chatting dengan kak long. Hmmm… seronok dengar kak long berkongsi perjuangannya di Malaysia. Pengalamannya sebagai da’ei di tanah air. Dalam satu universiti kak long, kak long seorang sahaja akhowat yang mengikuti program usrah. Senang bila dengar kak long bercerita tentang perubahannya.
Kak long, kita telah membawa satu haluan yang sama. Bersama memikul satu syahadah, bersama mengerakkan Islam dalam hati kita dan insan disekeliling. Cuma beza antara kita adalah persekitaran sahaja. Kak ngah di sini programnya agak terhad. Kak long di Malaysia sangat luas aspek programnya. Setiap minggu dapat menjadi cikgu kepada anak-anak kecil walaupun sendiri sibuk dengan on-call sebagai student medic. Dapat pergi mengenali ukhti-ukhti dari pelbagai usia, dan ustazah-ustazah yang lebih berpengalaman. Sangat menarik!
Kak ngah sangat gembira kerana setiap kali kita berbicara pasti ujian dan cubaan dariNya dalam dakwah, kak long ceritakan. Mungkin apa yang kak long tempuhi lebih mencabar dari kak ngah di sini. Bercampur dengan student dari pelbagai kaum dan jua pelbagai agam.Terima kasih atas perkongsian dan nasihat serta saranan untuk diri ini lebih memperkukuhkan iman.
Kak ngah sangat kagum dengan kak long kerana kesibukan kak long, tidak menghalang kak long dari terus menambahkan ilmu agama dan jua perkukuhkan dakwah islami ini…



Add A Comment