Nov 21 2009

Bicara hati…

Published by Nur Akmal at 11:16 pm under bicara agama, diriku

Alhamdulillah dan segala puji hanya padaNya kerana masih memberi saya peluang lagi untuk menulis dan terus menulis. Dalam jangka masa 1-2 mnggu ini, ramai sahabat2 memperkatakan tentang hati atau mungkin saya boleh berikan ulasan yg sesuai iaitu ‘bicara hati’. Bukan topik novel Bicara Hati keluaran alaf 21, namun hati, perasaan dalam jiwa insani itu sendiri.

Hati….. apakah hati? saintifiknya adalah organ di mana banyak fungsinya untuk proses penting dalam badan manusia. Namun, kebanyakan apa yg kt sering perbincangkan adalah hati yang wujudnya rasa….perasaan cinta, marah, duka, gembira….dan macam2 lagi.
Rasa yang wujud menyebabkan diri kita lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Menjadikan juga kita lebih matang, lebih menghargai kehidupan. namun, betulkah dan sejauh mana kebenarannya?

Nah, inilah kebenarannya….

Apabila bicara mengenai hati, pasti ketenangan yang dicari…
apa gunanya andai cinta itu datang, hati masih bimbang…??
andai gembira diundang, sudut hatinya itu resah…
apatah lagi
andai marah bersarang, gundahlah hati itu,
dan andai duka bertamu, keruhlah lapangan hati insani itu…

Kalau kita renung kembali, indahnya hati andai semuanya kerana Allah. Begitu mudah diperkatakan, apakah senang untuk dipraktiskan? Betul dan benar, ramai antara kita susah untuk mengawal hati itu. Rasa marah yang tidak bertempat, rasa cinta yang melalaikan, rasa duka yang melemahkan perjuangan, rasa gembira yang berlebihan….memang saya pun pernah merasakan.

Hanya pada Allah saya meminta agar dikuatkan dan diberi ketenangan hati, agar menjauhkan hati dari perkara leka dan tidak sepatutnya. Saya perlu muhasabah hati dan kembalikan rasa itu pada yang hak. Kerana saya menyedari rasa-rasa itu adalah pinjaman Dia untuk saya semata2 dan hanyalah sementara.

Dan firman Allah,

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,”

(Surah Al-Fath; ayat 4)

Walaupun bagi saya hati adalah mahkota diri, namun…. saya sedari… hati saya juga membuatkan saya sentiasa leka. tetapi, dengan hati saya juga rasa bersyukur kerana saya punyai rasa untuk saya terus memuhasabah diri, untuk saya terus mendekatkan diri denganNya.

renovate hati

Alhamdulillah, mungkin dengan hati dan rasa2 ini, saya lebih menghargai hidup. Pinta saya hanya satu, jangan lalaikan hati ini, Ya Allah. bawalah hati ini bersama melalui jalan lurusMu. Dan kerana hati yang ingat kepadaMu pasti tenteram….

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

(Surah Ar-Ra’d; ayat 28)

Di sini, saya ingin sekali selitkan satu doa agar hati2 kita bersatu…. Semoga dengan doa ini, hati kita sentiasa bersama dalam rahmatNya. InsyaAllah, setiap yang baik itu datang dari Allah. Amin…

DOA RABITAH…

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada’ dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A’alamin..

5 responses so far

5 Responses to “Bicara hati…”

  1. faiz ckon 22 Nov 2009 at 11:38 am

    JANGNA MAKAN HATI HEHEHHEHEHEH~

  2. hanson 22 Nov 2009 at 2:15 pm

    makan hati tak sedap….
    hahaha

  3. Nur Akmalon 22 Nov 2009 at 3:29 pm

    mn ad mkn hati~ biasa jer lor. hahhahaha!!!!
    hans….. ko asyik gelak jer kl singgah kt aknyer comment~
    paih… tk kemn pn kl mkn hati….

  4. fuyukion 22 Nov 2009 at 7:43 pm

    suke2 doa rabitah!

  5. Nur Akmalon 24 Nov 2009 at 6:13 pm

    bestkn doa rabitah~ rs bersama dn bersatu… semoga ukhwah kt pn akn seteguh mkna doa itu. amin….

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply