Nur Ilahi

Di bawah cahaya petunjukNya, aku temui ketenangan…

Archive for the ‘bicara agama’ Category

Rasulullah SAW… selawat ke atas baginda.

Published by Nur Akmal under bicara agama on February 28, 2010

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW…

محمد يا رسول الله
Aku akan cuba mengikuti sunnahmu,
Dan lakukan yang terbaik untuk kehidupanku,
Sebagaimana apa yang engkau telah ajarkan kepadaku,
Akan aku sentiasa berdoa agar aku dapat mendekatimu
pada hari perhitungan itu melihatmu tersenyum,
Dan engkau akan melihat semula padaku…

SubhanAllah… Read the rest of this entry »

Hanya Allah yang mampu menilai iman kita…

Published by Nur Akmal under bicara agama,diriku on February 3, 2010

salam… sedikit perkongsian.

“Uish, tgk bdk tu… keje asyik melepak jer. tak sedar lagi ke yg keje tu buang masa? … baik aku, at least aku g masjid.” monolog seorang hamba Allah ini.

Kenapa saya utarakan monolog di atas. Mungkin manusia tidak sempurna. Sering melakukan dosa dan kesalahan. Namun, kt tidak layak untuk mnggelarkan kita lebih baik dari orang lain. Iman itu hanya Allah sahaja yg mampu menilainya. Keikhlasan amalan dan perbuatan hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. MasyaAllah…. SubhanAllah. Mungkin jga kata2 ini pernah terlintas di hati2 kita. Betapa riaknya, betapa takaburnya hambaMu ini Ya Allah. Sedangkan kita tahu bhwa semua umat Islam adlh sama shja.
Read the rest of this entry »

Siapakah kita?

Published by Nur Akmal under bicara agama on February 2, 2010

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Read the rest of this entry »

Kisah kecintaan sahabat Rasulullah…

Published by Nur Akmal under bicara agama,cerita mereka on January 30, 2010

“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.”
(H.R. Abu Daud)

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’ dari Abi Idris Al Khaulany rahimahullah bahawa ia berkata:

“Aku pernah masuk Masjid Damaskus. Tiba-tiba aku jumpai seorang pemuda yang murah senyum yang dikerumuni banyak orang. Jika Mereka berselisih tentang sesuatu maka mereka mengembalikan kepada pemuda tersebut dan meminta pendapatnya. Aku bertanya tentang dia, lalu dikatakan oleh mereka,
’Ini Muadz bin Jabal.’

Keesokan harinya , pagi-pagi sekali aku dating ke masjid itu lagi dan kudapati dia telah berada di sana tengah melakukan solat. Kutunggu sampai dia selesai melakukan solat kemudian aku temui dan kuucapkan salam kepadanya. Aku berkata,
’Demi Allah aku mencintaimu.’Read the rest of this entry »

Iman mempamerkan akhlak…

Published by Nur Akmal under bicara agama,diriku on November 24, 2009

Salam muna’laik…. selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW….

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَوْمِ الاخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْلِيَصْمُتْ
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَومِ الاخِرِ فلْيُكْرِمْ جاره
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَومِ الاخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. , katanya: Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam ,
barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan jirannya,
barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Hadis sahih riwayat Muslim

Bukankah hadis di atas jelas memperkatakan bahawa iman itu mempamerkan akhlak. Beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata baik atau diam, hendaklah dia memuliakan tetami,dan hendaklah dia memuliakan jiran….. Nah, di sini sudah jelas.

tajuk post ini diberi sedemikian bersempena dengan perbincangan grup usrah kami, Alhamdulillah berkenaan akhlak. Kami telah memperdengarkan surah Al-Baqarah ayat 177.

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

dalam ayat ini, bukankah jua telah jelas bahawa iman dan akhlak itu saling berhubungan. Sempurnalah iman dan akhlak yang mulia, maka termasuklah kita, InsyaAllah dalam golongan orang yang bertaqwa dan yang benar imannya.

sedekah

Banyak lagi bukti2 yang menunjukkan bahawa Islam menganjurkan kita berakhlak mulia… Di sini, saya cuba letakkan sebanyak mungkin hadis2 yang berkaitan dengan akhlak yang mulia. Saya tidak mampu menguraikan dengan panjang lebar kerana apa hak saya untuk memberi pendapat kerana dangkalnya ilmu ini. Namun, dengan topik perbincangan ini, telah membawa saya untuk mengetengahkan lagi akhlak mulia yang sangat2 dianjurkan oleh Islam. Rasulullah SAW juga diutuskan di kalangan umat manusia adalah jua bertujuan untuk menyempurnkan akhlak manusia itu sendiri. SubhanAllah. Betapa Allah SWT itu sangat2 mementingkan akhlak hambaNya untuk mencapai ketaqwaan kepadaNya.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu menkhabarkan bahawa suatu saat Rasulullah SAW pernah ditanya tentang kriteria orang yang paling banyak masuk syurga. Baginda SAW menjawab :

“Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Tatkala Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menasihati sahabatnya, baginda SAW menghubungkan antara nasihat untuk bertaqwa dengan nasihat untuk bergaul/berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana hadis dari Abi Dzar, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi kejelekan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”
(HR Tirmidzi, ia berkata: hadis Hasan, dan disahihkan oleh Syaikh Al Salim Al Hilali).

Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat daripada akhlak yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, disahihkan Al Bani).

baca al-quran
Juga sabda baginda :
“ Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad, disahihkan al Bani).

Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku majlisnya di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi dengan sanad Hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).

Alhamdulillah, banyak hadis2 berkenaan akhlak ini, saya petik dari website, http://akhlaqmuslim.wordpress.com.

Selain itu, kami juga membincangkan tentang silaturrahim.
” Menghubungkan Silaturrahim ” atau tali persaudaraan dan kekeluargaan. Silah = maknanya hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

Allah SWT mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharamkan, memutuskannya dan menyuruh supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada yang ada hubungan kekeluargaan ataupun kerabat.

silaturrahim

Dan firman Allah,

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(surah An-Nisaa’; ayat 1)

Selain itu, kita sebagai muslim juga mempunyai kewajipan terhadap muslim yang lain iaitu
i) menjawab salam,
ii) menziarahi orang yang sakit,
iii) mengiringi jenazahnya ke kuburan,
iv) memenuhi undangan dan
v) jika bersin mengucapkan Alhamdulillah.

Maka, di sini boleh saya ulaskan bahawa, tiap2 muslim itu bersaudara dan oleh itu, sama2 lah kita menyempurnakan akhlak kita dan menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah. InsyaAllah.

mungkin ini hanyalah secebis dari apa yang dibincangkan. diharapkan boleh memberi manfaat untuk semua dan diri saya sendiri. Segala yang baik itu datang dari Allah. Ayuh kita tarbiyahkan diri dan muhasabah kembali. Apa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, di mana tahap keimanan kita sekarang. Berpesanlah antara kita untuk kebaikan…

bukan untuk membangga diri, tetapi sekadar peringatan untuk diri….
Wassalam…

Bicara hati…

Published by Nur Akmal under bicara agama,diriku on November 21, 2009

Alhamdulillah dan segala puji hanya padaNya kerana masih memberi saya peluang lagi untuk menulis dan terus menulis. Dalam jangka masa 1-2 mnggu ini, ramai sahabat2 memperkatakan tentang hati atau mungkin saya boleh berikan ulasan yg sesuai iaitu ‘bicara hati’. Bukan topik novel Bicara Hati keluaran alaf 21, namun hati, perasaan dalam jiwa insani itu sendiri.

Hati….. apakah hati? saintifiknya adalah organ di mana banyak fungsinya untuk proses penting dalam badan manusia. Namun, kebanyakan apa yg kt sering perbincangkan adalah hati yang wujudnya rasa….perasaan cinta, marah, duka, gembira….dan macam2 lagi.
Rasa yang wujud menyebabkan diri kita lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Menjadikan juga kita lebih matang, lebih menghargai kehidupan. namun, betulkah dan sejauh mana kebenarannya?

Nah, inilah kebenarannya….

Apabila bicara mengenai hati, pasti ketenangan yang dicari…
apa gunanya andai cinta itu datang, hati masih bimbang…??
andai gembira diundang, sudut hatinya itu resah…
apatah lagi
andai marah bersarang, gundahlah hati itu,
dan andai duka bertamu, keruhlah lapangan hati insani itu…

Kalau kita renung kembali, indahnya hati andai semuanya kerana Allah. Begitu mudah diperkatakan, apakah senang untuk dipraktiskan? Betul dan benar, ramai antara kita susah untuk mengawal hati itu. Rasa marah yang tidak bertempat, rasa cinta yang melalaikan, rasa duka yang melemahkan perjuangan, rasa gembira yang berlebihan….memang saya pun pernah merasakan.

Hanya pada Allah saya meminta agar dikuatkan dan diberi ketenangan hati, agar menjauhkan hati dari perkara leka dan tidak sepatutnya. Saya perlu muhasabah hati dan kembalikan rasa itu pada yang hak. Kerana saya menyedari rasa-rasa itu adalah pinjaman Dia untuk saya semata2 dan hanyalah sementara.

Dan firman Allah,

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,”

(Surah Al-Fath; ayat 4)

Walaupun bagi saya hati adalah mahkota diri, namun…. saya sedari… hati saya juga membuatkan saya sentiasa leka. tetapi, dengan hati saya juga rasa bersyukur kerana saya punyai rasa untuk saya terus memuhasabah diri, untuk saya terus mendekatkan diri denganNya.

renovate hati

Alhamdulillah, mungkin dengan hati dan rasa2 ini, saya lebih menghargai hidup. Pinta saya hanya satu, jangan lalaikan hati ini, Ya Allah. bawalah hati ini bersama melalui jalan lurusMu. Dan kerana hati yang ingat kepadaMu pasti tenteram….

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

(Surah Ar-Ra’d; ayat 28)

Di sini, saya ingin sekali selitkan satu doa agar hati2 kita bersatu…. Semoga dengan doa ini, hati kita sentiasa bersama dalam rahmatNya. InsyaAllah, setiap yang baik itu datang dari Allah. Amin…

DOA RABITAH…

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada’ dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A’alamin..

Muhasabah diri kembali. Ketakutan dalam kesedihan…

Published by Nur Akmal under bicara agama,diriku on November 14, 2009

Salam… MasyaAllah, Astaghfirullahhala’zim, SubhanAllah…
Segala-galanya untuk Allah.

Bukan semata-mata ingin bercerita tentang filem 2012. Tetapi hanya ingin menyatakan apa yang hati dan akal katakan. Di sini serba sedikit sinopsis berkenaan filem ini untuk sesiapa yang belum menontonnya.

2012

Filem 2012 ini arahan Roland Emmerich mengisahkan tentang ramalan masyarakat Mayan berabad dahulu yang menjangkakan pada tahun 2012 akan berlaku sesuatu terhadap bumi. Ia bakal memusnahkan lebih separuh daripada rakyat bumi dan bencana yang paling teruk dalam sejarah akan terjadi di luar pemikiran manusia.

Kejadian itu semakin menghampiri dan para saintis dari NASA telah meramalkan akan berlaku pelbagai bentuk kemungkinan yang akan membawa kepada bencana sangat hebat pada bentuk muka bumi. Tetapi, ramai lagi penduduk dunia tidak mengetahui akan hal ini dan masih tidak bersedia dengan kemungkinan yang bakal terjadi. mereka masih menjalankan kehidupan seperti biasa. Namun, kerajaan telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini tanpa pengetahuan rakyat. Apabila tibanya tahun 2012, ramai pemimpin dunia telah berkumpul dan berbincang mengenai hal ini dan berusaha untuk menyelamatkan masyarakat dunia. Namun, bukan semua akan terselamat. Ramai yang termasuk dalam senarai yang akan diselamatkan adalah dari golongan atasan dunia.

Lakonan John Cusack sebagai Jackson Curtis bersama dua orang anaknya mengadakan satu perkhemahan ke Yellowstone, dan mereka telah terserempak dengan makmal kajian rahsia yang terletak di dasar tasik yang telah dikeringkan. Mereka telah dibawa ke makmal tersebut. Jackson dapat membaca satu bencana buruk akan berlaku ke atas dunia. Dia mula menjalankan kajian sendiri secara rahsia untuk mengesahkan kesahihan bencana yang bakal berlaku itu. Dia telah bertindak sendiri untuk menyelamatkan keluarganya dari sebarang bentuk bahaya.

Demikianlah serba sedikit ulasan cerita ini…

Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah berkenaan dengan hari Kiamat yang pasti berlaku. Dan saya tidak akan sesekali samakan dengan apa yang berlaku dalam filem 2012. Pasti dan memang berbeza. Dalam waktu saya menonton cerita ini, saya tidak berhenti dari berfikir tentang alam dan diri. Tentang apa yang pasti berlaku. Hanya air mata sahaja yang mampu dialirkan. Biar sahabat2 memperkatakannya. Namun, itu adalah diri saya. Memang tidak diakui cerita itu sedih dan ramai antara sahabat juga menangis. Tangisan saya bukanlah hanya kerana cerita itu semata-mata, tetapi kerana muhasabah sebenarnya.

al-quran

Yang pasti semua umat Islam sudah sedia maklum iaitu hari Kiamat yang tidak ada keraguan padanya juga termasuk dalam antara satu daripada 6 rukun iman, iaitu percaya atau beriman pada hari Kiamat. Apa yang saya telah lakukan selama hidup ini?? adakah saya bersedia menghadapi hari kemusnahan yang pasti berlaku itu?? Saya jadi takut dan rasa amat kerdil sekali. Memang hari Kiamat itu tidak dapat dibayangkan dengan akal fikiran. Dan hanya Allah yang mengetahui bilakah hari itu akan tiba. Wallahua’lam…

Tetapi, melalui tontonan ini, telah membuatkan diri merenung dan memuhasabah kembali. Pasti hari yang bakal menjelma itu lebih teruk dan waktu itu, tiada sesiapa yang akan membantu. Hanya kebergantungan pada Allah semata-mata. Pemikiran itu membuatkan saya sebak, lantas air mata yang mampu dialirkan tika itu.

“Sesungguhnya Hari Keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan, yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok, dan dibukalah langit, maka terdapatlah beberapa pintu, dan dijalankanlah gunung-gunung maka menjadi fatamorganalah ia.”

(Surah An-Naba’ ; ayat 17-20)

MasyaAllah, SubhanAllah….
aku sentiasa lalai dan leka. Aku enggan jauh dariMu. Bantulah hambaMu ini.
Ampunkan aku.

Setelah pulih…

Published by Nur Akmal under bicara agama,diriku on November 6, 2009

Salam. Agak lama ak tidak menulis sesuatu disini. Adakh mgkin ak sbuk… Tidak sm sekali. Mungkin krna keadaan diri tdak mgizinkn ak mcoret sesuatu. Demam, selsema dn juga btuk… Bt smntara ni, hnyalah pinta dr hatiku adlh… Kesihatn. Mgkin sblm ini ak tdak mghargai sebuah nikmat kshatan itu, lantas Allah mnariknya agar ak dpt mereflek diri kmbali. “Allahhumma a’fini fi bada ni”. Lidahku hnya mmpu mgucapkn doa agr nikmat kshatn itu dkmbalikn wlpn ak tahu semua itu rncana dn hak Allah..

Byk yg blaku dlm jngka wktu ak diam tnpa catitan ini…

Mggu lepas, pnghadiran diri di usrah byk mmberi input yg bmanfaat… Demam tdk bmakna ak lemah dn kalah. Tetap ku gagahi diri ini jua. Bicara iman mnjadi topik pbualn. Iman? Apa itu iman?
Iman dr segi istilah, membenarkn di dlm hati, mgaku dgn lidah srta bramal dgn anggota. Prbincngn mjadi lbih mdalam lg dgn dikmukan lg 6 rukun iman yg wajib kt imani.

1) Percaya Kepada Allah

Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada tuhan melainkan Allah yang hidup tiada pemulaan dan tiada akhirnya , tiada yang menyerupainya , maha berkuasa , maha medengar , maha melihat dan maha mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. segala yang belaku adalah diatas kehendaknya.

2) Percaya kepada malaikat

wajib percaya malaikat itu wujud . Dijadikan tuhan daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah menginkari suruhan dan larangan Allah

3) Percaya kepada Kitab-kitabnya

wajib percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-rasulnya. segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan kitab. Kitab ini adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada manusia.

4) Percaya kepada nabi dan rasul

Kita wajib percaya tuhan mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar .dan juga bertindak sebagai penyampai perintah dan larangan tuhan.

5) Percaya kepada Hari Kiamat

Kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur , rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.

6) Percaya Kepada Qahda dan Qadar

wajib percaya segala yang terjadi adalah apa yang telah ditentukan dan ditetap kan tuhan sejak azali Percaya kepada Qadha dan Qadar

Kemudian, smlm ak mghadiri sdikit tzkirah dr shbat. Tajuk yg mmgnya menarik. Mati… Mengingati mati. ” orang yg paling bijak adlh orang yg mngingati mati “. Mati adlh pasti bg semua manusia. Mngingati mati akn mjadikn seseorg itu lbih peka thadap keadaan sekelilingnya dn ap yg mereka lakukan.

Imam Qurthubi menyebut dalam Tazkirahnya bahawa Ad Daqqaq rahimahullah telah menyebutkan 3 faedah mengingati mati. Pertama ; lekas bertaubat. Kedua; qana’ah dalam kehidupan dunia. Ketiga; bersemangat dalam ibadah.

Imam Qurthubi juga mengingatkan bahawa melupai mati itu adalah musibah yang terlebih besar dari kematian itu sendiri. Manusia melupakan mati dengan tidak mengingati mati walau sedikitpun, tidak pernah memikirkan kematian serta tidak beramal untuk berhadapan dengan saat kematiannya.

Jika kita selalu ingat mati dan merenung kematian yang kita bakal hadapi, nescaya ia akan menjadi motivasi terbaik dalam melakukan ‘pecutan’ dalam ibadah serta perjuangan. Mujahadah dalam ibadah akan menjadi bekalan paling penting ketika mati. Segala ujian, fitnah, mehnah, caci maki serta celaan manusia di sepanjang liku-liku perjalanan jihad serta perjuangan turut akan menjadi bekalan selepas mati. Semakin besar ujian dalam perjuangan , semakin besar janji pahalanya di sisi Allah SWT.

Alhamdulillah… Ahad ini, skali lg kolej ak akn anjurkn satu event yg amat mnarik. Bg yg myedari makna kpntingn palestine dlm dunia Islam, pasti ramai yg tdk akn lpaskn peluang mghadirinya. Sgt menarik!

Memory of palestine… Free for palestine.
free_palestine

besarnya ilmu Allah…

Published by Nur Akmal under bicara agama on September 10, 2009

“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(surah Luqman; ayat 27)

sedang aku melewati surah Luqman… sampai kepada ayat 27, aku terhenti dan berfikir sejenak. ayat ini pernah aku dengar jua di radio IKIM.fm, namun saat itu… hanya masuk teling kanan, keluar telinga kiri, tanpa cuba memahami maksud ayat suci ini.

SubhanAllah…
betapa luasnya ilmu-Mu itu. aku hanya ingin meneguk setitis shaja dari ilmu itu, namun itu sudah aku tidak mampu. di mana letaknya kedudukan aku disisi-Mu ya Allah….

aku seorang hambaNya yang amat kerdil. haus mengejar ilmu alam…. berjaya hanya sedikit, sudah angkuh dan sombong, riak pula bersarang di jiwa.
aku malu ya Rabbi…
kecewa sedetik pula, hanya menyalahkan nasib sahaja tanpa mahu memuhasabah diri kembali. salahnya bukan pada takdir, tetapi salahnya sebenarnya dibahu aku sendiri.

Ilmu-Mu dan hikmat-Mu sangatlar besar dan luas. aku sangatlah hina disisi-Mu. seringkali jua, waktu aku gembira….. aku leka dan lalai. diwaktu kesedihan, barulah aku datang mencari-Mu. sedangkan Engkau tidak pernah terlepas dari mengawasiku dan tidak pernah lupa pada setiap hamba-Mu.

Engkau kurniakan nikmat,
Engkau berikan pengampunan,
Engkau berikan hidayah,
namun,
hambaMu masih jua lalai,
tidak bersyukur,
malah masih lagi jahil…

ampunkan hamba-Mu ya Allah……. jadikan aku seorang yang sering mengingati-Mu walau apa jua keadaan sekali pun.

Engkaulah tuhan sekalian alam.

wallpaper sempena Ramadhan~

Published by Nur Akmal under bicara agama on September 9, 2009

Powered By Wordpress - Theme Provided By Best Wordpress Theme - Zirakpur Property Dealer