Published by
Nur Akmal under
diriku on
July 11, 2010
Bismillahhirrahmanirrahim… Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha pengasih.

Buat umi dan abah…
Pagi tadi kak ngah mimpi balik Malaysia jumpa umi dan abah. Rindu sangat dah kot kat umi dan abah. Umi, abah… maaf sebab duduk jauh sangat dari umi dan abah. Telefon pun jarang-jarang. Tapi, kak ngah tak pernah lupakan umi dan abah. Dalam setiap saat terbayang umi dan abah. Raya ni, kak ngah tak balik. Kak ngah ada exam time raya tu. Dan waktu cuti lepas tu, kak ngah pergi Mesir. Rindu sangat nak pergi tengok kesan peninggalan nabi-nabi dan para sahabat.
Continue reading »
Published by
Nur Akmal under
diriku on
July 6, 2010
Apakah??? Tajuk yang paling sesuai untuk saya hari ini. Banyak benda tak kena 2-3 hari ni. Hmmmm…. Ntah! Semalam, kawan call dari Mesir, dia asyik duk suruh saya cerita pasal India. Apakah benda itu penting??? Kalau cerita pun, buat sakit hati jer. hehehe….
ANY_CHARACTER_HERE
Apakah yang berlaku dalam 2-3 hari ni?
- Malas benda utama… malas nak pergi surau, malas nak solat jemaah! Haiya!!!! Apa kena dengan kamu ni akmal??? Malas buat benda baik ke? “mana boleh! cuba jadi kuat!!!! OK???”
- asyik duk tengok cerekarama jer ni! maksudnya duk tengok cerita jer memanjang…. “NO!!!!!” sampai tak keluar rumah! Ishk! Teruk… tak puas hati kenapa jiwa bertindak begitu…
-Duk layan jiwang jer! Apa tujuan datang India, akmal??? nak belajarkan? So, belajar… jangan asyik duk layan rindu jer! Aish!!! Dah tak sabar nak kahwin ke ni? Jangan mimpi boleh? Calon pun tak de, belajar pun entah ke mana! “Jangan lar! seksa tau jiwa tu….” Continue reading »
Published by
Nur Akmal under
diriku on
July 3, 2010
Alhamdulillah… akhirnya tiket ke Mesir dah dibeli. Tunggu nak pergi jer. Sahabat bersama-sama membuat persiapan ke sana. InsyaAllah kami akan tiba ke sana. Cita-cita ana ke mesir sudah lama bercambah dalam jiwa. Lagi bercambah selepas menonton Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El-Shirazy. Ditambah pula dengan kehadiran sahabat-sahabat di sana. Semoga cita-cita ini penuh redhaNya. Bukan hanya semata-mata ingin menziarah, semoga ditambah jua ilmu bermanfaat di sana dan jua mengenangi balik kegemilangan Islam dahulu dan belajar dari sirah nabi-nabi serta para sahabat.
ANY_CHARACTER_HERE
Continue reading »
Published by
Nur Akmal under
diriku on
June 28, 2010
Pesanan untuk sendiri…pesanan buat hati ana.
ANY_CHARACTER_HERE
“Ya Allah, andai diri dalam keadaan lemah, dan tidak berfikiran rasional, ana minta supaya jangan Engkau palingkan hati ini dari terus memperjuangkan agamaMu, dan jua iman ini.”
ANY_CHARACTER_HERE
Seringkali ana merasakan diri ini lemah apabila sahaja gagal membawa nasihat kepada sahabat dan jua keluarga. Perlu ana katakan pada diri di sini, dakwah itu amatlah sukar kerana memerlukan jangka masa dan ruang yang baik. Sedang ana membaca satu artikel di ruang maya, ana terfikir. Allah memandang pada usahanya bukan pada hasilnya. Pasti ada sebab Allah aturkan sebegitu. Mungkin sahaja supaya ana terus berusaha. Mungkin sahaja ada yang tidak kena pada diri. Continue reading »
Published by
Nur Akmal under
diriku on
June 22, 2010
ANY_CHARACTER_HERE
Kata seorang sahabat,
ANY_CHARACTER_HERE
“Sekali engkau melangkah ke jalan ini, jangan diundur dan menyesal lagi. Walaupun perit, tapi gagahi diri untuk menelannya. Kerana jalan ini jalan menuju jalanNya…”
ANY_CHARACTER_HERE
Jalan yang ana lalui ini akan ana teruskan hingga ke akhirnya. Jalan ini akan ana tempuhi. Ya Allah, ana meminta agar ana kuat supaya ana dapat teruskan jua walau banyak halangan yang tiba. Ana pasti inilah ujiannya. Namun, sebelum ana gelarkan ini ujian, mungkin sahaja balasan buat ana untuk dosa ana dulu dan jua kini. Ana terima kerana ini ketentuan Allah buat hidup ana. Continue reading »
Published by
Nur Akmal under
diriku on
June 19, 2010
Tiada memerlukan wang untuk sebuah kesedaran. Hanya tadahan hati dan jiwa. Terima kasih buat sahabat yang terus memberi sokongan. Hampir saja ana melabuhkan diri pada benda yang melalaikan. Tersentap seketika akibat kelalaian diri. Maafkan ana sahabat kerana ana tidak kuat untuk menghadapinya. Ana asyik nangis saja bila terkenangkan dosa ana selama ini, kelalaian ana. Namun, sahabat tidak pernah jemu menasihati.
ANY_CHARACTER_HERE
Memang ana sangat mengakui diri ana sangat lemah andai ia berkaiatan dengan jiwa. Tazkirah sahabat menyebabkan ana termenung seketika. Kelalaian ini dalam jiwa ana. Hasutan yang berjaya menguasai hati. Sungguh hina andai memikirkan sekali lagi. Ana sudah berjanji ingin menjadi murabbi dan doktor yang berjaya. Ana tidak boleh leka dan berangan yang tiada kepentingannya.
ANY_CHARACTER_HERE
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
( Surah Al-Ashr ) Continue reading »
Published by
Nur Akmal under
diriku on
June 14, 2010
Alhamdulillah…
Hari ini menerima berita dari sahabat yang jauh kedudukannya dari saya. Bukan di Malaysia namun di negara yang jauh tempatnya. Syukur selepas menerima berita satu lagi baitul Muslim akan dibina. Semoga kekal wahai sahabat muslimahku. Dari sini saya mendoakan sejahtera hubungan hingga ke akhirat kelak. Semoga dikurnia segala redha oleh Allah terhadap hubungan suci ini.
Bicara tentang baitul Muslim yang akan dibina. Masih lagi mempersiapkan diri untuk menempuhinya. Walaupun jangka masanya entah bila lagi. Namun, ku pujuk jua hati bahawa pasti tiba saat itu kelak. Cuma di sini, hanya doa dipanjatkan agar Allah memberikan terbaik buat diri. InsyaAllah… amin. Memperlengkapkan diri untuk menjadi wanita solehah buat bakal suami dan bakal anak-anak kelak.
Usah bicara lagi kerana masanya belum pasti. Tumpukan pada keutamaan diri. Pada iman dalam diri, pada sahabat sekeliling dan jua keluarga di Malaysia. Belajar memperbaharui diri, belajar untuk menjadi Doktor yang berjiwa Daie. Semoga dipermudahkan nanti. InsyaAllah…
Pujuklah hati,
usah mengharap yang belum pasti,
hadap yang telah ditempuhi,
semoga Allah meredhai.
Amin.
Seketika di sini…
Published by
Nur Akmal under
diriku on
June 8, 2010

Rindu...
Rindu yang sering menggamit rasa cinta yang mendalam. Dalam 2-3 hari ini, kuat sekali hati ini merindui. Menangis kadang-kadangnya kerana terlampau rindu. Rindu pada satu kedamaian dan ketenangan. Rindu pada jiwa yang rindu padaNya. Rindu pada Umi dan Abah. Rindu pada keluarga di Malaysia. Rindu pada rakan-rakan maktab dahulu, rakan-rakan sekolah. Dan yang pasti rindu itu milikNya sahaja. Hanya padaNya, cinta teragung.
ANY_CHARACTER_HERE
Continue reading »
Published by
Nur Akmal under
diriku on
June 7, 2010
Tiada niat ingin membicarakan akan hal itu. Namun, hati tetap berdusta untuk biarkan ia kekal dan tersimpan di dalam hati. Maaf, aku mengungkitnya kembali. Bukan kerana meminta simpati. Tetapi, kerana cinta dan kasih ini padamu wahai teman. Teman di kala suka dan duka bersama. Aku tidak mahu mereka hanyut. Aku mahu mereka bersama mendaki bersamaku, berenang bersama, menunggang kuda bersama… menangis bersama, senyum bersama.
Namun, fikrahnya tetap berbeza. Mereka hanya anggapnya gurauan. Tapi, aku masih tersenyum walau di sudut hati terluka. Bukan terluka terasa. Tapi luka ini luka sedih kerana mereka kurang fahamannya. Aku gembira andai mereka mampu gembira. Aku menangis jua andai mereka menangis. Kerana kasih ini tiada belah-bahagi bagi mereka. Tiada siapa boleh aku adukan hal ini kerana mereka jua lain fikrahnya, lain kondisinya. Hanya padaNya aku mengadu, hanya doa mampu aku pinta dan pohon agar mereka bersama aku melayari suatu keindahan dalam menyusuri jalanMu yang hakikatnya sukar kerana pasti Dia akan beri ujian untuk menambahkan keimanan setiap hambaNya.
Dan aku menangis lagi… maaf kerana aku terlampau sensitif. T_T
Published by
Nur Akmal under
diriku on
May 8, 2010
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(Surah Al-Baqarah; ayat 286)
ANY_CHARACTER_HERE
Aku tunduk lagi… Tunduk melihat ke bumi, di mana aku berpijak sekarang. Bumi ini milik Allah. Semuanya pinjaman dariNya. Apa yang aku dapat sekarang sudah mencukupi sebenarnya, malah lebih baik dari orang lain. Duit yang aku dapat ini sementara, barang yang aku ada kini jua sementara. Sama ada panjang ataupun pendek sahaja masa yang Dia berikan aku untuk meminjamnya. Ada yang masih bertahan hingga kini. Ada yang hanya tidak sampai seminggu pun aku pinjam dariNya.
ANY_CHARACTER_HERE
Aku kehilangan lagi. Aku sebenarnya tidak sanggup lagi kehilangan. Banyak sangat dugaan yang ditimpakan padaku di bumi India ini. Aku takkan mengeluh lagi. Aku ingin dewasa. Belajar menerima apa qada’ dan qadarNya. Mungkin disebabkan kecuaianku menjaganya, maka Allah menarik balik pinjaman itu dari aku. Andai Allah masih lagi mahu meminjamkan barang itu, InsyaAllah aku yakin, aku pasti temuinya. Andai tidak, aku pasrah. Aku tidak mahu mengeluh dan bersedih. Pasti ada yang lebih kekal dari itu. Continue reading »